Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, December 14, 2009

SPIES doktrin anak Selangor

Masih ingat tentang Pak Usop BTN. Oleh kerana masih ada lagi sikit-sikit isu BTN maka Demangpun menghubungi beliau bagi mendapat sedikit pandangan.

Menurut Pak Usup sepatutnya perkara tersebut sudah selesai sebagaimana kenyataan DS Najib.

Sebenarnya ramai yang cuba mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan politik dan sebagainya. Yang sedihnya, ramai kalangan mereka tidak pernah hadirpun ke kursus BTN.

Demang melihat kenyataan Tun Mahathir tidak ada salahnya sebab BTN memang menjalankan tugas bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pesertanya.

Nazri Aziz pula cuba 'play save' kononnya mahu merubah modul sedia ada. Padahal tidak ada apapun yang perlu diubah memandangkan sebahagian besar modul hanya memberi kefahaman kepada peserta tentang perlembagaan negara. Takkanlah bincang maksud dan semangat perlembagaan pun dianggap salah?

Malah BTN lah yang berusaha di depan dan belakang tabir menggerakkan perpaduan tanpa mengira fahaman politik dan kaum!

Mengenai Ahmad Maslan pula, menurut Pak Usup beliau adalah orang yang bekerja keras memasukkan konsep 1 malaysia ke dalam program BTN sekarang. Jadi memang wajarlah beliau kelihatan bercanggah dengan Nazri. Dengan kata lain, Nazri minta konsep 1 Malaysia tersebut dimasukkan dalam program BTN padahal Ahmad Maslan sudah melaksanakan.

Demang rasa Nazri Aziz perlu turun sendiri ke BTN dan lihat sendiri program tersebut. Setakat baca laporan sahaja tidak memadai. Seperkara lagi, Nazri janganlah terlampau ingin memuaskan hati orang lain sehingga hati anak buah sendiri terguris.

Demang percaya hati kecil Nazri juga mengakui bahawa isu BTN hanya permainan politik pembangkang dan usaha mereka menukarnya dengan program SPIES yang sedang rancak dilaksanakan di Selangor.

Kepada ibu bapa di Selangor, awas, SPIES sedang mendoktrin anak anda dalam diam!

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

SEBENARnya, jangan dilayan pembangkang ni semua. Tak perlu dirombak BTN hanya kerana mereka menyalak.

Kerajaan banyak sangat bagi muka pada mereka. Khalid Ibrahim contohnya, Melayu tak sedar diri dan kufur Nikmat. Sekarang menentang kerajaan yang perah memberi dia banyak peluang pada suatu masa dulu.

DAP memanglah, komunis moden. Tunggu sahaja nak hentam Kerajaan dan sekarang ramai pula Melayu yang menyokong mereka termasuk yang "Alim-alim" belaka.

Kerajaan perlu tegas, kalau mereka tak mahukan BTN, apa kita nak buat? Nak pujuk rayu mereka? Lagilah naik tokchang. Jangan layan sangat mereka ni. Buat baik pun mereka tak nampak juga.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)