Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, September 28, 2009

Hadiah buat Najib


Jika kita rakyat Malaysia belum sempat memberikan sebarang hadiah untuk Perdana Menteri baru kita ini maka Demang cadangkan jadikan kemenangan di Bagan Pinang kelak sebagai hadiah istimewa untuk beliau.

Semasa hari raya baru-baru ini Demang sempat berbual dengan seseorang yang sebelum ini agak lantang mengkritik DS Najib. Sehingga Demang rasakan kali ini pasti akan ada perdebatan atau isu yang akan beliau bangkitkan berkenaan Najib. Namun telahan Demang meleset. Beliau dengan nada perlahan berkata: “Saya bimbang Najib akan penat sendiri.”
“Kenapa?” tanya Demang.

“Cuba lihat. Najib bergerak di atas dan di bawah sedangkan berapa ramai orang UMNO yang benar-benar memahami apa yang sedang dilakukan oleh Najib?” ujarnya dengan satu soalan.

Demang bersetuju dengan kebimbangan beliau. Memang ramai yang bersemangat dan sanggup berjuang namun Demang percaya belum ramai yang benar-benar memahami hasrat Najib di sebalik ‘1 Malaysia’.

Nada yang hampir sama Demang dengar melalui perbualan dengan beberapa teman yang sebelum ini menentang kepimpinan PM sebelum ini (Paklah). Mereka melihat DS Najib adalah tokoh terbaik bagi membawa negara ke puncak kejayaan; terutamanya dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Soal Perkauman
DS Najib menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputra mesti menerima dengan ikhlas dan terbuka kaum-kaum lain iaitu Cina dan India. Jika orang Melayu dan bumiputra enggan menerima kaum-kaum tersebut, lakukannya 52 tahun yang lalu. Tetapi itu tidak pernah berlaku malah pemimpin Melayu bersama-sama pemimpin kaum Cina dan India berusaha bagi mencapai kemerdekaan.

DS Najib juga memberikan ‘jalan’ yang praktikal: “orang Melayu dan India boleh jadikan orang Cina sebagai aset bagi meluaskan dagangan ke China. Begitu juga orang Cina dan Melayu boleh menggunakan orang India untuk mengembangkan pasaran ke India.

Orang Melayu? Sebagai orang Islam, produk orang Melayu mempunyai pasaran yang amat luas di negara-negara Islam dan di negara-negara yang mempunyai penganut Islam yang tinggi. Berapa ramai ummat Islam di seluruh dunia sekarang?

Marilah kita tinggalkan zaman alibaba dan berkongsilah dengan ikhlas.

Sebenarnya kita belum menggunakan sepenuhnya aset yang kita miliki. Kenapa sibuk berebut kek yang sedikit? Kenapa tidak kita perbesarkan kek tersebut?

Mari kita mulakan sesuatu yang baru. Selepas PRU 12, kajian yang dibuat menunjukkan rakyat mahukan satu perubahan yang drastik. Satu anjakan paradigma dalam urus tadbir negara.

Rakyat memang mahukan perubahan. Perlu diingat, perubahan tidak semestinya bermaksud menukar kerajaan yang ada. Apa gunanya jika hanya baju yang bertukar sedangkan isinya sama sahaja? Menggantikan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat (pakatan yang tidak disahkan) bukanlah satu cara yang bijak. Ibarat kita meminta sekelompok pemuda yang aktif bersorak di luar padang bola bagi menggantikan kesebelasan utama yang sedang dibolosi beberapa gol.

Bukankah kita masih ada masa lagi untuk menang bersama-sama?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

logo 1 Malaysia ditemui di http://dun31baganpinang.blogspot.com/

Support Demang

Sunday, September 27, 2009

DEB: lihat & dengar

Lihat...

Lihat...

Lihat...

Lihat...


lihat lah...

Apa yang anda lihat? Apa tafsiran yang anda buat? Percayakah anda pada penglihatan anda itu?

Dengar:
"malam ini kita jumpa jam 8.30." (zzz)
"aku sayang padamu" (kah kah kah)
"kunantimu di pintu syurga" (bergantung pada amalan)

Lihat dan dengar; kedua-duanya masih menggunakan pancaindera kita sendiri. Namun yang mana lebih anda percaya?

Sayangnya jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini ramai yang lebih cenderung mempercayai telinga berbanding penglihatan sendiri.

Cuba lihat di sekeliling kita, contohnya ketika sedang memandu. Bagaimanakah kenderaan anda? Masih ingatkah kenderaan yang anda gunakan 15-20 tahun lalu? Masih ingat motorsikal cabuk anda dulu? Masih ingat bas mini?

Lihat pula rumah (atau rumah-rumah) anda. Adakah masih sama seperti rumah pertama anda dulu? Bagaimana dengan jalanraya, rumah jiran-jiran (atau rumah-rumah jiran!), bangunan & binaan, dan sebagainya?

Adakah anda fikir ia boleh 'jadi' sendiri sebagaimana Allah Taala menjadikan alam melalui 'kun fayakun'? Tidakkah ada manusia atau sekumpulan manusia yang berfikir, merancang, dan melaksanakannya? Siapa mereka itu?

Ketika awal kemerdekaan, orang Melayu cuma ada 0.2% ekuiti negara. Lihat baik-baik angka tersebut. 0.2% bukannya 2% atau 20%.

Maka para pemimpin ketika itu berfikir keras untuk memulihkan keadaan tersebut. Justeru dirumuskan satu program jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru atau dikenali sebagai DEB.

Melalui DEB kaum cina yang memang selama ini menguasai ekonomi 'dipaksa' bekerjasama dengan orang Melayu (baca bumiputra). Permit-permit dikeluarkan kepada orang Melayu dengan harapan mereka boleh bekerjasama dengan kaum lain dan berkongsi perniagaan.

Selain membasmi kemiskinan itulah maksud tersirat DEB iaitu merapatkan jurang antara kaum. Menggalakkan kerjasama. Dengan kata lain, perpaduan.

Adakah anak-anak muda sekarang tidak tahu tentang itu? Jangan salahkan kerajaan sebab fakta tersebut ada dalam sukatan subjek sejarah sekolah menengah (PMR). Samada anda tidak belajar atau guru anda tidak betul-betul mengajar.

Sayangnya apabila DEB dilaksanakan, berlaku pula gejala alibaba. Nak salahkan siapa lagi?

Maka ada sebilangan orang dungu yang meminta DEB dimansuhkan kerana ia menggalakkan alibaba. Kalau begitu, haramkan penanaman anggur kerana ia bahan untuk membuat arak. Tutup semua lebuhraya sebab di situ banyak berlaku kemalangan!

Lebih bangang lagi ialah blogger yang mendakwa DEB gagal sama sekali. Tak perlulah Demang letakkan link blog tersebut. Buat dosa je promote blog pengkhianat negara.

Bagi anda yang rasional dan matang, adakah lonjakan daripada 0.2% kepada 18% yang dicapai DEB itu bukan satu kejayaan? Memanglah kita tidak capai 30% sebagaimana yang disasarkan tetapi perlu diingat bahawa 30% itu hanya target. Memang agak mustahil melompat dari 0.2% kepada 30%. Itu kita tahu. Tetapi takkanlah kita nak letak target 20% sahaja? Maka kita letakkan target 30% supaya jika ia tidak tercapai, jatuhnya tidak lah teruk sangat.

Demang nak beritahu satu perkara: baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, DEB adalah untuk semua. Sayangnya ia telah ditamatkan. Siapa yang menamatkannya? Kitalah yang menamatkannya disebabkan kejahilan kita untuk memahaminya.

Mana kelambu lagi mahu kita bakar? Mana kapal lagi yang mahu kita tenggelamkan?

Hanya kerana geram?

Foto hiasan:
bright beautiful Firaq flickr.com
beautiful jpg zindy.zone.dk
its a flower HersenSpinsel... flickr.com
putrajaya weemeng28 flickr.com


Sokong Demang

Saturday, September 26, 2009

ISA Bagan Pinang?


Nak selamat? Sebenarnya bukan susah sangat. Cuma perlu ikut nasihat orang tua-tua. Insya-Allah selamat.

Apabila orang tua-tua berpesan, sedarlah bahawa ia berisi pengalaman mereka. Pengalaman mereka bukan yang manis sahaja bahkan yang pahit-pahit juga. Kebaikan menerima nasihat orang lama ialah kita tidak perlu menempuh pengalaman yang sama untuk menjadi matang.

Berikut adalah nasihat seorang negarawan;

BH 26/09: Tun Dr Mahathir Mohamad nasihatkan Tan Sri Isa Samad tidak bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang, sebaliknya beri laluan calon lain.

Pun begitu, tidaklah kita menerima nasihat secara membuta tuli sahaja. Nasihat Tun tersebut amat relevan dengan suasana politik negara hari ini. Kalau dulu, letak tunggul kayu pun, UMNO pasti menang. Tapi kini setiap calon perlu ditapis teliti. Dalam pada itupun masih jadi bahan fitnah dan tohmahan.

Apa nak buat, sekarang zaman fitnah. Jika kita tidak mampu mengubahnya, memadailah kita tidak terlibat dengan sebarang fitnah.

Kata seorang teman; sekarang ni letak kepala lembupun sebagai calon pembangkang, pasti menang.

Namun Demang percaya pengundi tidak bodoh. Lebih=lebih lagi pengundi Bagan Pinang.

Foto di atas Demang terjumpa setelah membuat carian menggunakan Yahoo: 'isa samad'. Mintak maaf la Tan Sri, ye...

00 bmp
mambau.blogdrive.com


Dah jenguk web ini?

Friday, September 25, 2009

kuda, diperkuda, kekuda


Soalannya:
Antara ketiga-tiga perkataan di atas, yang manakah haiwan dan yang manakah mempunyai ciri-ciri haiwan?

Kisahnya begini:
Menziarahi atau diziarahi semasa perayaan secara berkelompok memang seronok. Ia menambah meriah lagi suasana. Apatah lagi jika masing-masing sudah lama tidak bersua.

Selain beraya dengan pakaian baru, kereta idaman, dan HP canggih, seperkara lagi yang Demang perhatikan ialah terdapat keluarga yang turut membawa pembantu rumah ketika beraya.

Elok tu, memanglah elok. Cuma Demang lihat ada pembantu rumah yang datang dengan pakaian yang tak sepatutnya dipakai semasa perayaan. Lebih tepat lagi memakai pakaian lusuh.

Malah mereka langsung tidak dilayan seperti saudara Islam yang berhak meraikan perayaan terbesar ummat Islam ini bersama-sama kita.

Soal kerja usah dikira lagi. Jika tetamu ramai di rumah maka kelam kabutlah si pembantu melakukan semua kerja. Selain menguruskan hidangan, sibuk pula dengan karenah anak-anak majikan.

Tidak cukup dengan itu terpaksa pula menguruskan keperluan keluarga adik beradik majikan. Pendek kata, ketika semua ummat Islam menyambut aidil fitri yang mulia, para pembantu rumah bukan sahaja tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi merayakannya malah cuti pun tidak diberi.

Bagaimana dengan elaun tambahan atau bonus hari raya? Jika kerajaan yang melakukannya pada kita sudah pastilah ramai yang mengundi pembangkang sebagaimana dibuktikan dalam PRU
12.

Bagi Demang jika pembantu rumah diperkuda, maka majikan adalah kuda, manakala kita yang sekadar melihat umpama kekuda.

::::::::::::::::::::::::::::::
Ada baby? Klik sini

foto hiasan: horse
SMB(spiderman... flickr.com

Thursday, September 24, 2009

demam Facebook


Memang Demang sedang demam pun. Selesema. Harap tidak berjangkit pada anda yang sedang membaca artika ini.

Setelah puas berblog para pengguna internet kini sibuk dengan Facebook pula. Itu pun sejenis demam juga. Maka Demangpun cuba-cubalah membuka akaun sendiri melalui Facebook. Baru nak cuba-cuba.

Kelebihan Facebook ialah ia mudah diakses menggunakan HP dan senang dikemaskini. Cuma ia agak terhad, tidak seperti blog.

Maka Demang lihat ramai juga para pemimpin mempunyai Facebook sendiri. Tidak tahulah samada mereka yang menguruskannya atau diswatakan kepada para pembantu. Hal inilah yang cuba dipersoalkan oleh seorang anak muda kepada KJ dalam majlis berbuka puasa tempoh hari.

Bagi Demang, memang eloklah para pemimpin mempunyai blog, Facebook, atau apa sahaja yang membolehkan mereka berinteraksi dengan orang ramai. Namun untuk memaksa mereka menguruskan sendiri semua itu tentulah tidak adil. Lain lah jika mereka tidak ada kerja lain sebagaimana pemimpin parti pembangkang.

Yang penting, mereka ada sediakan saluran untuk berkomunikasi dengan kita. Walaupun orang lain yang menguruskannya, sekurang-kurangnya suara hati kita sampai kepada mereka dan dipertimbangkan.

Dan, jangan lupa bahawa lebih ramai lagi pakcik, makcik, tokcik, toknyang cik kita yang tidak mempunyai akaun Facebook! Suara mereka juga perlu didengar.

Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir bathin. Tahun ni Demang tak hantar sekepingpun kad raya (sama macam tahun-tahun lepas). Demang gunakan SMS, Facebook, dsbnya.

Foto hiasan: 766259644 96570a3c3a jpg
flickr.com

Wednesday, September 23, 2009

Lu pikir la sendiri


Beberapa hari sebelum raya Demang memenuhi undangan KJfc untuk berbuka puasa bersama Ketua Pemuda Umno yang menjadi idola mereka. Demang tiba tepat ketika waktu berbuka bersama isteri setelah merentas lebuhraya selama satu jam lebih.

Nampaknya impian kami untuk melihat satu ‘jamuan mewah’ tidak menjadi kenyataan kerana majlis atas inisiatif Bro Jinggo dan anak buahnya itu diadakan secara sederhana.

Dalam sesi dialog yang diadakan secara terbuka selepas itu hadirin diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan apa sahaja persoalan dan dijawab terus oleh KJ.

Banyaklah persoalan dikemukakan dan dijawab satu persatu oleh beliau. Antaranya beliau menafikan secara bersumpah mempunyai pegangan ke atas Air Asia, terminal baru penerbangan tambang murah, dan dakwaan pengambil alihan Petronas.

Demang pernah bersemuka dengan Mukhriz dan ini kali pertama berdepan dengan KJ. Demang nampak kedua-dua tokoh muda itu merupakan aset yang amat bernilai pada negara jika diganding dengan baik. Terpulang kepada para penyokong masing-masing untuk menerima antara satu sama lain. Jika mahu melihat penguasaan orang Islam dalam politik negara ditamatkan, maka bolehlah teruskan persengketaan. Ia akan bermula di Bagan Pinang.

Demang serius. Jika tidak betul-betul, kerusi DUN Bagan Pinang diserahkan oleh pengundi kepada PAS, maka pembangkang akan mempunyai 16 kerusi. Seterusnya Anwar yang licik itu akan mendapatkan dua adun MCA dan MIC bagi mencukupkan kuota seterusnya menubuhkan kerajaan baru di negeri beradat Perpatih itu.

Maka kita akan melihat kedudukan kuasa politik di NS dikuasai DAP dengan 10 kerusi, PKR 4, PAS 2, BEBAS 2.

Manakala jika mengikut pecahan kaum; Cina 12, India 2, Melayu 2.

Ataupun jika mengikut pecahan agama; Budha 12, Hindu 2, Islam 2.

Bak kata Nabil, ”lu pikir la sendiri”

Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir bathin.


image peta Andalusia
from terraviva.com

Wednesday, September 16, 2009

Hukum baru

University of Blue Haru menjadi kelam kabut lagi. Semuanya gara-gara formula terkini yang dikeluarkan Profesor Nicky Exist yang menyatakan bahawa ‘dua tambah tiga tidak semestinya menjadi lima, sebaliknya menjadi enam atau tujuh.’

Maka para cendikiawan dan ahli akademik di universiti itu menjadi bengong seketika dalam meneka helah terbaru Profesor Madya tersebut.

Biarpun begitu, para pelajar tidak merasa apa-apa sebab mereka tidak perlu memikirkan apa-apa pun. Mereka cuma sedikit resah menanti para tutor dan professor mereka berfikir, mengambil keputusan dan menyiarkan keputusan tersebut melalui SMS atau email ke mailbox masing-masing.

Apapun keputusan professor, mereka akan terima. Maklumlah, keputusan peperiksaan di tangan pensyarah.

Kegemparan rupa-rupanya tidak berakhir di bilik kuliah sahaja. Kekecohan juga berlaku di beberapa buah kafe apabila terdapat pengusaha kafe mengugut untuk menutup perniagaan ekoran tindakan ramai pelajar yang tidak mahu membayar dengan cukup harga makanan yang dibeli. Alasan para pelajar tersebut ialah jika mereka membeli nasi berharga RM5, kemudian membeli pula minuman berharga RM2, maka mereka cuma perlu membayar lima ringgit berdasarkan fatwa terbaru professor tersebut.

Terdapat pula kes para pelajar memberontak memecahkan kerusi meja di kafe kerana merasa ditipu penjual makanan. Hal ini berlaku apabila penjual makanan membuat tafsiran iaitu jika para pelajar membeli pada harga RM5 maka mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM7.

Rupa-rupanya penjual tersebut telah menetapkan pada computer mereka bahawa jika tanda harga (barcord) tersebut tertulis RM5, maka computer secara automatic akan memaparkan harga baru iaitu RM7.

Ketika Demang tiba di universiti tersebut dua hari selepas itu, keadaan benar-benar kelam kabut. Para pensyarah kelihatan berhimpun di padang kawat kerana membantah gaji mereka yang turut dibayar menggunakan formula terbaru itu. Pihak pengurusan akademik juga pening kepala kerana formula pengredan markah pelajar menjadi bercelaru.

Akhirnya Demang berhasil menemui Profesor Nicky Exist setelah memujuknya berkali-kali. Sebaik melihat Demang, Profesor Nicky Exist terus menempelak:

“Mu ni lagi tak beto. Sistem yang mu pakai tu tak betul. Mati nanti mu masuk nerako. Tak cium bau syurga mu ni… mu buke Isle.”

“Profesor.” Kata Demang. Saya telah mengucap ‘aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.’ Adakah saya tidak Islam? Kemudian saya solat lima waktu. Saya akui itu adalah wajib, cuma kadangkala saya terlalai. Saya juga berpuasa di bulan Ramadhan walaupun tak penuh. Namun saya sedar bahawa meninggalkan puasa itu suatu dosa, tetapi tidaklah samapai gugur Islam saya kerana ponteng puasa. Setiap tahun saya mengeluarkan zakat dan fitrah. Cuma saya belum berkemampuan untuk mengerjakan haji.

“Itu yang aku kata tu… ‘dua tambah tiga belum tentu jadi lima”. Walaupun mu dah akui semua rukun Islam tu, tapi oleh kerana mu tidak ikut hukum hudud, maka mu belum lagi jadi Islam.”

“Hukum hudud tu rukun Islam yang ke berapa Prof?” tanya Demang ingin tahu.

“Err…” Profesor Nicky Exist teragak-agak.

“Satu lagi, Profesor Nicky Exist… Kata orang, Raja Pop Michael Jackson telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Adakah beliau benar-benar seorang Muslim? Adakah beliau berpeluang masuk syurga?

Sunday, September 13, 2009

Runtuhnya kerajaan Islam

cordoba mosque andalusia spain


Jika kita ingin melihat sebuah lagi kerajaan Islam runtuh, maka Bagan Pinang boleh menjadi permulaan yang baik. Maka sesiapa yang ingin bersekongkol melakukannya, jadikanlah medan di Bagan Pinang untuk mendaulatkan pemerintahan baru dengan paksi utamanya pemimpin DAP.

Demang sebutkan pemimpin DAP dan bukannya pemimpin Cina kerana kaum Cina yang bersetuju menetap di Tanah Melayu apabila negara mencapai kemerdekaan hanyalah daripada MCA sahaja. Manakala yang tidak bersetuju dengan pendirian MCA mengambil keputusan keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu, pulang ke negara asal atau berpindah ke Singapura.

Masyarakat Cina yang kekal di Persekutuan bernaung dalam satu organisasi sosial-politik iaitu MCA. Melalui parti tersebut mereka bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan bersama, tetapi bukan kerajaan campuran. Meskipun belum ada satupun kawasan yang layak dikatakan ‘kawasan Cina’ mengikut tafsiran pilihanraya, namun UMNO meletakkan beberapa pemimpin MCA sebagai calon dan akhirnya menang dengan undi orang Melayu.

DAP bukan mewakili masyarakat Cina yang ingin menjadi rakyat Tanah Melayu. DAP ditubuhkan bagi menggantikan atau mewakili PAP apabila Singapura keluar daripada Malaysia. Justeru impian mereka amat berbeza berbanding pemimpin MCA. Malah DAP ditubuhkan bagi mengambil alih kepimpinan Malaysia dan menyatukannya dengan rejim di Singapura suatu hari nanti. Dan, ’hari itu’ nampaknya sudah tidak beberapa hari lagi. (lihat fakta DAP dalam wikipedia).

Demang bukan sekadar menggertak tetapi lihatlah realiti ini:

Kedudukan kerusi DUN NS selepas PRU12
Barisan Nasional (BN): 21
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 19
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 1
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 10
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 4 (I:1, C:1, M:2)

Jumlah: 36

Dengan kematian ADUN Bagan Pinang, maka UMNO kini memiliki 18 kerusi sekaligus bermakna BN tinggal 20 kerusi. Jika Anwar Ibrahim berjaya memujuk kedua-dua ADUN MCA dan MIC tersebut, maka BN (UMNO) akan tinggal 16 kerusi. Masih ingat tekad Anwar dalam kempen 16 September?

Secara automatik pakatan pembangkang mempunyai 18 kerusi, sama seperti UMNO.

Justeru kerusi Bagan Pinang menjadi penentu. Jika undi diberi kepada PAS, ertinya UMNO dan pembangkang akan seri dengan kedudukan 18-18 dalam kerajaan Negeri Sembilan.

Mari kita lihat kedudukan ini baik-baik:

UMNO: 18 kerusi

DAP: 10 kerusi
PKR: 4 kerusi (2 Melayu, 1 Cina, 1 India)
PAS: 2 kerusi
ADUN dibeli: 2 kerusi (1 Cina, 1 India)

Adakah PAS akan menyertai UMNO selepas itu? Tidak. lihat i'tikad penyokong PAS di sini.

Sesuatu perlu dilakukan bagi menarik sokongan kaum Cina dan India untuk kembali menyokong MCA dan MIC. Jika tidak, lihatlah kerajaan Islam di NS akan runtuh, diikuti Melaka, Johor, Pahang dan lain-lain. Jangan terperanjat jika kerajaan Islam di Kelantan juga akan hancur. Tiada yang mustahil.

Demang ulang sekali lagi:
Sesuatu perlu dilakukan bagi menarik sokongan kaum Cina dan India untuk kembali menyokong MCA dan MIC.

Itulah yang sedang dilakukan oleh DS Najib melalui 1 Malaysia.

Lihat DS Najib makan tosai.


foto hiasan: cordoba mosque andalusia spain
maram_meccawy flickr.com

Terima kasih.

Saturday, September 12, 2009

erti saling menghormati


Rayau punya rayau, singgah di blog Anak Bukit Gantang

Oleh kerana siang tadi sudah menulis untuk Blog PRK Bagan Pinang dan kemudian mengarang pula untuk blog morhabshi maka Demang ambilkeputusan untuk 'copy & paste' sahaja artikel menarik dari blog ini. Terima kasih ABG.

.............
Dalam meluluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur, DBKL telah mengadakan Pendengaran Awam bagi 9 kawasan parlimennya. Begitu juga Putrajaya, telah mengadakan Pendengaran Awam bagi Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan Putrajaya.

Rancangan Sruktur adalah garispanduan pembangunan yang melibatkan sosial, ekonomi dan lain lain termasuklah pembinaan sekolah, tadika, taska, pusat perniagaan, hotel dan pusat hiburan. Dalam hal ini, semua infrastruktur yang telah sedia ada dan akan dibangunkan diambil kira. Begitupun impak dan kesan dari segi sosial dipertimbangkan sedalam dalamnya sebelum sesuatu RT dan RS diluluskan untuk diwartakan.

Pendengaran Awam pula adalah proses di mana pandangan rakyat di ambil kita sebelum Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan sesebuah bandar di wartakan.

Pembinaan kuil di seksyen 19 Shah Alam tidak pernah digazetkan dalam mana mana rancangan struktur dan Tempatan Shah Alam. Menurut NGO Islam yang saya temui, kerana berurusan dengan mereka, kuil itu telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rezab surau. Surau itu pula asalnya tanahnya telah diwakafkan oleh orang Islam. Jadi claim yang mengatakan kuil tersebut wujud 150 tahun boleh dipertikaikan.

Modus operandi pembinaan kuil di negara ini selalu secara stake and claim macam stake and claim lombong emas di wild wild west Amerika Syarikat. Caranya begini:-

Dapat sahaja kawasan yang sesuai, tak kira tanah siapa akan dicacak incense stick. Jika incense stick ini tidak dibuang segera, maka lama kelamaan, dari beberapa cucuk incense stick, selang beberapa bulan akan muncul rumah kotak sebesar 2 kaki x 2 kaki! Tentulah pendirian rumah kotak itu sebenarnya pada asanya telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Bangunan sebab tidak mendapat kelulusan Permit Mendirikan Bangunan.

DBKL dan Perbadanan Putrajaya telah memperuntukan beberapa lot tanah / kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan rumah ibadah berdasarkan populasi penduduk. Disebabkan majoriti penduduk adalah berugama Islam, maka lot tanah yang diperuntukkan untuk masjid dan surau tentulah lebih banyak dari tok pekong dan kuil. Saya yakin, mana mana PBT lain juga mempunyai Standard Operating Procedure (S.O.P) yang sama.

Kekecohan yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam tidak sepatutnya berlaku. Jika MBSA dibenarkan membuat kerja secara S.O.P , tentulah Pendengaran Awam telah dibuat! Itulah pembangkang, asyik membangkang semua langkah, penjawat awam dibelakangkan, prosedur dan peruntukan undang undang tidak diikuti, hak rakyat ditindas, sudahnya kecoh sebab gagal tadbir negeri!

Rujuk laporan akhbar berikut dan komen Dr Khir Toyo

Pembinaan kuil tak ikut proses - Khir
SHAH ALAM 9 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegur kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mengikut proses sepatutnya dalam melaksanakan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ketika ini dilihat mengamalkan cara yang kurang sesuai bagi membolehkan rumah ibadat itu dibina di kawasan Seksyen 23 meskipun kerajaan negeri telah memperoleh lokasi baru bagi menggantikan lokasi asal yang mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Menurut beliau, dalam pembangunan rumah ibadat bukan Islam di kawasan umat Islam, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk berhampiran kawasan itu terlebih dahulu, bukannya persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 19.

Ini kerana katanya, penduduk Melayu dan Islam berhampiran kawasan berkenaan merupakan golongan yang terpaksa menerima kewujudan rumah ibadat Hindu itu di kawasan mereka yang tidak pernah ada selama mereka tinggal di situ.

"Jadi perkara inilah yang perlu diberi perhatian. Dapatkan pandangan penduduk setempat dan jika mereka setuju barulah dapatkan pandangan jawatankuasa kuil dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat Exco," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri mencari tapak baru kuil berkenaan bagi menggantikan tapak cadangan asalnya yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum ini.

Tambah Mohamad Khir, bantahan penduduk Islam Seksyen 23 terhadap kerajaan negeri sehingga hampir mencetuskan pergaduhan adalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dengan prosedur pelaksanaan berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Ini kerana katanya, tapak cadangan asal berhampiran dengan kawasan penduduk Islam yang diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan penduduk Islam di kawasan itu terlebih dahulu.

Sebaliknya beliau memberitahu, tapak cadangan asal kuil itu diputuskan hanya menerusi perbincangan antara kerajaan negeri dengan jawatankuasa kuil Seksyen 19, tidak termasuk penduduk Seksyen 23.

"Mereka patut tahu dan faham apa maksud pendengaran awam sebenarnya. Pendengaran awam ialah mendapatkan pandangan penduduk yang akan menerima projek dan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan mereka," jelasnya.

Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan dengan para penduduk berhampiran Seksyen 23 di sini berhubung tapak baru kuil Sri Maha Mariaman yang dicadang dipindahkan ke kawasan itu dari Seksyen 19, buat masa ini.

Menurut Abdul Khalid, perbincangan dengan penduduk mengenai cadangan baru itu tidak menjadi keutamaan kerana sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan ia haruslah mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 terlebih dahulu.


Sila lihat sumber asal di sini.

Lihat komen Demang dalam ruangan Comment entri ini.


foto di atas untuk hiasan sahaja: caves temple with massive ...of the hindu
Kuan Hoong flickr.com

Thursday, September 10, 2009

Terimakasih dan Alhamdulillah

Demang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan bahawa kakitangan awam (sokongan) diberi sedikit bantuan berjumlah RM500. Sebahagian daripada pembayaran tersebut akan dibayar sebelum perayaan Aidil Fitri ini manakala selebihnya akan diberi bagi persediaan sekolah Disember nanti.

Walaupun Demang tidak mendapat imbuhan tersebut namun Demang cukup gembira atas usaha DS Najib yang bersungguh-sungguh ingin berkongsi dengan rakyat walaupun tidak seberapa.

Sebenarnya bukan mudah untuk meluluskan peruntukan yang begitu besar dalam keadaan ekonomi gawat sekarang. Walaupun cuma RM500 namun melibatkan kira-kira 400 juta ringgit. Negara seharusnya berhemat dalam mengatur perbelanjaan sebagai persediaan akan datang. Namun Najib yang sejak dahulu lagi sentiasa memberi tumpuan pada kebajikan orang di bawahnya pasti tidak akan senang hati selagi tiada sebarang bantuan disediakan untuk para pegawai kerajaan berpendapatan rendah dan sederhana.

Demang masih ingat bagaimana Najib merombak gaji tentera, polis, dan guru secara agresif. Bayangkan, sebelum Najib memegang kementerian pendidikan permulaan gaji guru hanya RM435 untuk lepasan sijil perguruan, yakni sama dengan gaji pokok operator kilang.

Semasa dalam kementerian pertahanan pula beliau berjanji di bawah pentadbirannya tidak ada lagi seorang tenterapun yang sekadar mempunyai motorsikal atau menumpang pengangkutan awam pulang ke kampung.

Itulah sebabnya Demang amat ternanti-nanti DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kini impian tersebut sudah terlaksana. DS Najib sudah menjadi PM dan sedang melaksanakan satu persatu impiannya selama ini.

Syabas Najib. Memang anda seorang negarawan tulen.

(Mungkin bagi anda terlalu awal untuk Demang menggelar Najib sebagai negarawan tulen namun Demang memang ada alasan tersendiri. Nantikan tulisan Demang dalam entri seterusnya berkenaan visi dan misi Najib untuk 1 Malaysia).

Wednesday, September 9, 2009

Analisis awal Bagan Pinang



Kata seorang sahabat, dah banyak kali pembangkang untung sebab wakil rakyat mereka meninggal dunia maka kali ini giliran UMNO pula.

Seorang lagi sahabat menyatakan pemilihan kali ini akan lebih terasa debarannya bahkan sudah ada yang menganggap PRK ini bakal mencerminkan sokongan sebenar rakyat samada terhadap BN ataupun pembangkang.

Jika dilihat pada statistik, majority pengundi adalah terdiri daripada kaum Melayu iaitu sekitar 66%. Pengundi cina mewakili lebih 20% dan selebihnya adalah pengundi kaum India. Pada pilihanraya terbaru (PRU12) UMNO yang mewakili BN mendapat majority 2333 undi menewaskan pencabarnya.

Jika mengikut pada tradisi PRK, para pengundi akan memulangkan kerusi kepada parti yang memegangnya sebelum itu Ertinya cuma orangnya sahaja yang berubah manakala parti tetap sama. Persoalannya, adakah teori tersebut masih berjalan? Tambahan pula dalam keadaan BN yang dilihat tidak begitu stabil?

Demang berpendapat, jika PRK di tempat-tempat lain sebelum ini boleh dijadikan petunjuk maka BN wajar berasa gusar. Manakan tidak, semasa PRK Bukit Gantang kita dapat saksikan secara solid undi kaum cina berpihak kepada PAS (di Kuala Sepetang majoriti pengundi adalah Cina dan semasa pengiraan didapati hampir 2000 undi di situ menyebelahi PAS).

Begitu juga di Permatang Pasir didapati sebuah peti undi dari kawasan Cina, hampir kesemuanya (1800 undi) diberikan kepada PAS juga,

Bagaimana pula dengan pengundi kaum India? Demang percaya ia tidak jauh berbeza dengan pengundi Cina.

Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, terdapat lebih 30% pengundi bukan Melayu berada di Bagan Pinang. Itu sebabnya Demang katakan bahawa UMNO wajar berasa gusar.

Kenapa kaum bukan Melayu begitu berminat kepada pembangkang? Inilah yang perlu kita fikirkan.

Demang Lebar Daun adalah salah seorang contributors blog PRK Bagan Pinang

fOTO: BLOG N21BAGANPINAG.BLOGSPOT.COM/

Monday, September 7, 2009

Rumusan entri semalam

Dua entri mutakhir Demang sebenarnya adalah bagi melihat rupa-wajah yang mewakili sebahagian kecil rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keadaan di sekeliling mereka.

Entri pertama memaparkan SMS antara Demang dan kawan lama yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Manakala entri kedua Demang siarkan sebuah email seseorang yang tidak berpuas hati dengan kaum lain. Lebih tepat lagi, kaum bumiputra.

Benarkah itu yang mereka marahkan? Atau mungkinkah mereka sedang memarahi diri sendiri yang gagal mencapai impian peribadi? Lantas mencari apa sahaja objek di sekeliling untuk dilampiaskan kemarahan?

Maksud Demang begini; jika tindakan kerajaan itu tidak disukai rakyat, bagaimana mereka boleh mendapat sokongan majoriti dalam setiap pilihan raya? Hal ini bermakna majoriti rakyat menyokong kerajaan BN sejak dahulu hinggalah sekarang.

Kenapa rakyat tetap menyokong walaupun banyak pendedahan dibuat terhadap salah laku pemimpin BN?

Jawabnya mudah iaitu majoroti rakyat tahu bahawa setiap manusia atau kumpulan manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jasa BN terlalu banyak sedangkan yang membuat onar segelintir sahaja. Itu pun sudah menerima hukuman masing-masing termasuk disingkir daripada semua jawatan. Contohnya seorang timbalan perdana menteri pernah dipecat apabila gagal membela diri atas tuduhan salah laku seks.

Bagaimana dengan tuduhan bahawa orang Melayu sudah benci kepada UMNO?

Jika tuduhan tersebut benar, sudah tentu PAS memenangi majoriti kerusi yang ditandingi. Realitinya PAS cuma memperolehi 23 kerusi parlimen Tak banyak bezanya dengan PRU sebelum ini. Memanglah meningkat jika dibandingkan PRU12 yang melihat UMNO menyapu hampir semua kersi yang ditandingi. PAS bukan sahaja jauh ketinggalan berbanding UMNO malah tercorot dalam senarai parti pembangkang utama.

Bagaimana dengan PRK yang sering dimenangi pembangkang sejak akhir-akhir ini?

Hal tersebut tidak menghairankan kerana semua kawasan tersebut adalah kubu kuat pembangkang. Contohnya DUN Permatang Pasir adalah kubu Anwar Ibrahim selama 28 tahun! Cuma kali ini jumlah undi majoriti mereka telah berkurangan.

Jika kita lihat isu email seorang bukan melayu yang marah-marah itu pula, kita perlu kaji sebab sebenar kemarahan beliau. Padahal sejak sebelum merdeka hingga kini kaum bukan Melayu sentiasa mendapat lebih daripada kaum bumiputra sendiri. Bukankah kaum cina yang menguasai ekonomi negara selama ini?

Memanglah ada yang tertinggal tidak kira daripada kaum mana sekalipun dan di negara mana sekalipun. Barangkali lelaki tersebut termasuk kelompok yang tertinggal. Atau beliau bercita-cita untuk membela nasib kelompok yang tertinggal itu. Perjuangan itu tidak salah. Namun perlu dilakukan dengan berhemah. Jika kerajaan tidak dapat membantu, maklumlah banyak lagi yang perlu dilakukan, maka carilah jalan lain untuk sementara waktu. Kaum cina mempunyai begitu ramai hartawan bertaraf dunia. Kemana perginya program kebajikan mereka untuk golongan miskin dari kaum sendiri?

Kesimpulan yang Demang buat ialah majoriti rakyat tetap menyokong kerajaan BN. Jika masih ada yang menentang, cuba selidik, barangkali mereka mempunyai masalah peribadi. Contohnya kemiskinan keluarga sejak kecil, sering tersisih dari kawan-kawan, egoistik, infrioriti complex, kecewa dalam percintaan kerana status keluarga, dan sebagainya.

Jangan kita tertipu dengan persepsi yang mengatakan orang Melayu tidak lagi menyokong kerajaan. Orang bukan Melayu? Ya, mereka sedang sepakat menyokong pembangkang.

1 Malaysia



Berikut adalah email yang Demang terima daripada seorang sahabat. Demang difahamkan blogger Parpukari telah memuatkan dalam entrinya. Demang siarkan di sini bukan untuk provokasi perkauman sebaliknya sebagai bahan untuk kita berfikir bagaimana untuk menyatupadukan seluruh rakyat tanpa mengira kaum di negara kita ini bagi menghadapi sang pengkhianat negara seperti ini.

Salam Satu Malaysia.

“aston Said:
show details 17:33 (4 hours ago)
aston has left a new comment on your post "BUKAN MELAYU SEMAKIN BERANI: Membuat Pelbagai Pert...":

Ask all malay pig go back to Indonesia!

The malay pig make Malaysia become rubbish country. Without malay pig in Malaysia - Malaysia country will become same as

Singapore or Taiwan.

Where malay pig came from? Indonesia? Arab? Africa? What happened to our Orang Asli? They are the original settlers here,

they should be the true real bumiputras. Not the babiputras we have here.

What is wrong with the babiputras? Highest crime rates, highest divorce rates, highest number of criminals, highest number of drug users, highest number of rapists.

A genetically flawed race (babiputras) cannot be fixed by politically.

What have we got now?

Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and uncompetitive on the government departments and others.

Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can't you just tell the malay pig to adopt Chinese culture which is superior?

It makes no difference whether I am a Chinese, Indian or for that matter, anyone else, even a Mat Salleh. I am speaking as a human being to a malay pig like you.

If you malay pig don't like the non-malays here, then go back to Sumatra, Jawa, or wherever your ancestors came from, and give this land back to its rightful master, the Orang Asli.

If Malaysia is to divide into two countries with malay pig taking the east, and the west to the Chinese and the Indians - watch

that the malay pig starting to migrate to the west illegally for a better future.

It is no wonder Singapore is a country which is 50 years ahead of Malaysia .

You know something - once outside the perimeters of Malaysia , these malay pig are so small in value even a dog has more value than them!

Everything in Malaysia is a joke when it comes to the malay pig. They are laughed at by everyone in this world for being incompetent, lazy, useless morons.

From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malay pig from Indonesia invaded it.

Still so thick skin, don't want to go back to Indonesia.”

................................

Komen Demang: Apa ini?
Jawab Demang sendiri: Inilah cabaran 1 Malaysia.
Pendirian Demang: Demang sambut ini sebagai cabaran dalam perjuangan. Bagi Demang, ibarat menarik rambut dari dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Saturday, September 5, 2009

Kajian Kes

Malam tadi Demang memenuhi satu jemputan berbuka dengan YB Tuan Hj Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun masing-masing tiba dari tempat yang agak jauh namun kami sempat mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh beliau seterusnya bertarawih di situ.

Akibatnya Demang tiba di rumah agak lewat. Oleh kerana cuti, maka selepas subuh Demang menyambung tidur.

Tidur Demang dikejutkan oleh deringan telefon daripada seorang rakan sekolah yang sudah hampir 30 tahun tidak bertemu. Sehari sebelumnya Demang mendapat nombor telefonnya dan ini kali kedua kami berhubungan.

Mendengar bahawa Demang baru bangun tidur maka mukaddimah beliau ialah menasihati Demang agar membanyakkan ibadat di bulan puasa. Terima kasih. Namun di akhir perbualan beliau menyelar kerajaan yang dikatakan tidak mengikut hukum Islam.

Kemudian beliau bercerita tentang keinginannya untuk berpoligami (sudah ada calon). Beliau juga bercerita bahawa beliau pernah ke negeri Demang menemui kekasih lamanya yang kini menjadi isteri orang (anak dah habis SPM). Beliau menyatakan betapa jodoh di tangan Tuhan dan tidak mustahil cinta mereka boleh bersambung kembali.

Petangnya, Demang menghantar satu SMS kepada beliau bagi meminta sedikit penjelasan. Berikut Demang ‘copy & paste’ SMS antara kami itu:

Demang: aku keliru, kenapa PAS pakat dgn DAP?
Rakan: Pas tak pernah ikut telunjuk dap.org yg kata islam x nak ikut islam so x slh dap ikut islam.

Demang: PAS ada berapa kerusi parlimen? Dap ada berapa?
Rakan: Ape pun kena faham islam betul2. (nampaknya beliau tak menjawab soalan Demang)

org umno bukan islam?
Rakan: Itu masalah lain.ada ke buat dosa boleh byr dgn duit.kitab mana yg ajar. (Demang kurang pasti apa yang beliau maksudkan)

Demang: pada hakikatnya org UMNO bukan Islam la?
Rakan: Hanya pada nama.

Demang: macamana klu aku org UMNO?
Rakan: Kalau ikutkan ilmu tauhid begitulah.

Demang: belum menjawab soalan..
Rakan: Baca kitab faham al quraan tanya diri sendiri,islam kah aku?

*(Panggilan dari beliau, sengaja Demang tak angkat sebab tak mahu bertengkar)

Rakan: Hai takut ke
Demang: ye, aku takut rosak akidah berbahas perkara ni. Menuduh org yg mengucap 2 kalimah syahadah sbg bukan Islam. Nko tak takut ke?

Rakan: Ingat islam bukan sekadar mengucap
Demang: rukun Islam ada berapa? (mana tau, kot-kot ada Rukun Islam yang keenam iaitu Masuk PAS)
.
Rakan: Sbb tulah saya kata kena faham al quraan.
Demang: email & YM aku: cheguman@yahoo.com. Guna sms ni bazir. Lain le klu hp sykt. (Demang dapat tau yang nombor dia guna tu nombor syarikat tempat dia bekerja).

Rakan: Org kafir kata dia betul kita kata kita yg betul.so siapa yg betul.
Demang: analogi yg tak sesuai tu. OK, bagaimana klu aku sokong PAS dan kemudian PAS bentuk kerajaan dgn PKR-DAP, then mereka teruskan sebagaimana yg UMNO sedang lakukan? Bagaimana status Islam aku? (Demang faham maksud kiasannya namun adalah tidak adil membuat kesimpulan berdasarkan analogi, kiasan, atau perumpamaan. Apatah lagi berkenaan akidah).

Rakan: Yg penting hukum islam.bukan perut dunia.
Demang: Hukum islam atau kecenderungan menghukum org yg tak sependapat? kenapa ada byk mazhab dl Islam? mana satu yg betul?

Demang: guna internet le. Aku cikgu tadika je. gaji tak byk nak byr bil hp. cheguman@yahoo,com

Rakan: Hantar bil kau kat aku.
Demang: terima kasih je le.. nko rasa debat ni boleh abis ke? ada tak cara lain utk berdakwah kat aku yg jahil ni?

Rakan: Tanya tuhan.

Rakan: Carilah ilmu ikhlas.

Rakan: Kita kena tahu rukun agama.yg nyata negara kita mengamalkan hukum taghut.
Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? (SMS ini adalah pancingan)

*SMS tak berjawab. Nampaknya beliau sedar yang Demang sedang memancing. He he

Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la? (Demang hantar sedikit lagi dengan sedikit tambahan)

*SMS tak berjawab.

Demang: (SMS kali ketiga) ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la?

Nampaknya SMS tersebut tidak dibalas sehingga sekarang. Nak kata credit habis, guna HP syarikat...

Demikianlah mentaliti seorang pengikut PAS bergelar ustaz.

Friday, September 4, 2009

Gerila

'Dalam perang gerila, kelemahan ditukar menjadi kekuatan dan kelebihan dilihat sebagai kelemahan.'

Sebenarnya ayat di atas Demang kutip daripada dialog satu watak dalam sebuah filem yang ditonton dalam TV beberapa malam lepas.

Watak tersebut iaitu seorang Inggeris memberi contoh mudah iaitu ketika beliau terlibat membantu kumpulan pemberontak di Iran.

Bilangan pemberontak yang kecil memudahkan mereka menyelinap di mana-mana, mencetuskan kekacauan, dan membuat serang hendap.

Sebaliknya pihak (kerajaan) yang ramai menyebabkan mudah terdedah pada serangan, ahli-ahli yang sukar dikawal (kerana ramai), dan sebagainya.

Memang betulpun. Lihatlah di mana-mana negara. Bilangan pemberontak sebenarnya hanya sedikit. Namun mereka membuat onar dan mencetus kerosakan yang begitu besar.

Berapa orang yang seperti Nordin Mat Top? Berapa ramai pengikut setianya? Mana lebih ramai berbanding rakyat Indonesia? Siapa lebih ramai antara yang inginkan kerosakan atau kedamaian?

Nampaknya gerila-gerila di Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama sebagaimana dikatakan aktor Inggeris tadi.

Demang percaya bahawa terdapat gerila-gerila yang sedang bergerak di sekeliling kita tanpa kita sedari.

Tidakkah jong pecah yu yang kenyang?

Wednesday, September 2, 2009

Kurang Ajar


BH 02/09: 3 Adun Pakatan Rakyat Perak ditahan pagi ini selepas cuba rempuh sekatan FRU kerana ingin memasuki Bangunan SUK Ipoh bagi adakan Sidang DUN.

BH 02/09: Adun Pakatan Rakyat Perak tetap adakan Sidang DUN di Hotel Heritage, Ipoh, 11.30 pagi ini selepas dihalang masuk ke Bangunan SUK: Sivakumar

Imbas kembali...
PRU12, DUN Perak; apabila UMNO mendapat 28 kerusi, MCA (1), MIC (O), DAP (18), PKR (7), dan PAS (6) maka Tajol Rosli telah mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

Namun baginda sultan meminta Tajol bertangguh untuk memberi peluang pada parti-parti lain (pembangkang) menubuhkan kerajaan campuran, jika ada.

Padahal baginda dan sekalian rakyat sudah amat maklum yang PAS dan DAP takkan bersatu. Namun atas prinsip demokrasi, peluang tetap diberikan.

Tanpa disangka, cempedak menjadi nangka... PAS tiba-tiba bersetuju bergabung dengan DAP yang selama ini menjadi musuh ketat. Karpal Sing pernah berkata: jika PAS nak tubuh negara Islam, langkah mayat dia dulu.

Maka sekalian rakyat terpinga-pinga dan keliru. Namun apa nak dikata; walaupun diadakan PRK, namun undi kaum lain menjadi penentu. Pakatan pembangkang menang dengan sokongan padu daripada kaum cina.

Kemudian, berlaku peristiwa beberapa orang ADUN PKR keluar parti kerana isu tanah 999 tahun. Mereka kemudiannya menyokong UMNO.

Nizar yang sedar kedudukannya sebagai MB akan hilang secara automatis segera mengadap sultan bagi membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya baru.

Sebagaimana permohonan Tajol, permonan Nizar juga ditangguh oleh sultan bagi memberi peluang parti lain membentuk kerajaan, jika cukup majoriti.

Rupa-rupanya nangka menjadi cempedak semula. UMNO kini memiliki 30 kerusi (tak termasuk MCA dan MIC) mengalahkan gabungan DAP, PKR, dan PAS!

Maka sultan tiada pilihan lain melainkan bersetuju merestui kerajaan baru BN. Sultan memaklumkan pada Nizar bahawa apabila majoriti kerusi DUN hilang maka kelayakan sebagai MB gugur secara automatik.

Namun Nizar tidak berpuas hati dengan kenyataan sultan dan tetap berkeras untuk mengadakan pilihanraya semula.

Nampaknya hingga kini masalah tersebut masih belum selesai.

Memang kurang ajar.

foto: nizar lost
Huntology flickr.com

Tuesday, September 1, 2009

Khurafat vs Ustad

Khurafat vs Ustad

Bagi yang dah tahu, tahulah. Bagi yang belum tahu, sekarang dah tahu: keluarga Demang sudah lama mengeluarkan minyak herba secara tradisional dan kini boleh didapati melalui internet

Baru-baru ini seorang agen kami mengadu bahawa seorang rakannya mendakwa minyak keluaran keluarga Demang boleh membawa pada khurafat. Ada ustaz yang memfatwakan begitu.

Hmm... mudahnya jadi ustaz. Kalau tak berkenan je, haram. Tapi, bab minum air jampi, tak pulak khurafat. Maklumlah, sebelum tetamu yang minta air jampi ustaz itu pulang, salamnya berisi!

Demang bukan ustaz tetapi arwah datuk kami yang merumus minyak ini memang seorang guru agama. Walaupun beliau tidak menjadi ahli Persatuan Ulama Malaysia, namun masyarakat setempat sudah lama mengiktiraf beliau. Jika tidak masakan beliau dijemput menjadi pensyarah untuk para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran agama di luar negara.

Bagi Demang, Allah Taala memudahkan kehidupan manusia dengan menyediakan formula sebab dan akibat. Jika kita ketuk kepala orang, orang itu akan sakit. Tapi jika kita beri dia ubat bius sebelum mengetuknya, tidaklah dia merasa sakit.

Adakah ketukan atau Allah yang menjadikan ia sakit? Apa pula yang menyebabkan dia tidak merasa sakit?

Jika mengikut 'fatwa' ustaz tadi, sesiapa yang percaya bahawa ketukan yang menyebabkan sakit maka hukumnya khurafat!

Bagaimana jika orang sakit yang makan ubat? Mungkin itu kes lain sebab minyak keluaran keluarga Demang ini dikatakan khurafat sebab dipercayai boleh menghindari gangguan jin dan syaitan.

Dalam hal ini kita perlu faham bahawa jin dan syaitan juga makhluk ciptaan Allah yang ada kelemahannya. Sedangkan harimau boleh takut dengan kayu tas, ular boleh alah dengan buluh, apa nak dihairankan sekiranya jin takut pada morhabshi? Apatah lagi ramuan yang keluarga kami keluarkan telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran semasa proses mengadunnya.

Lain kali siasatlah dulu wahai ustad sebelum menjatuhkan hukuman.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)