Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 15, 2011

Sheikh, Anwari dan kuda ajaib

Pada suatu ketika, Syed Khursani iaitu seorang saudagar terkenal telah membawa seorang tetamu bersama rombongan dagangnya ke kota Baghdad.

Suatu malam tetamu tersebut mengadu kehilangan seuncang batu permata yang diletakkan di dalam khemahnya. 

Syed Khursani merasa amat malu dan mengarahkan semua pekerjanya berkumpul.

"Saya amat dukacita kerana kejadian ini berlaku pada tetamu yang sepatutnya kita lindungi keselamatan diri dan hartanya. Maka saya akan hadapkan kesalahannya pada penguasa Baghdad yang akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pencuri itu."

Seterusnya Syed Khursani berkata lagi:

"Hari ini saya ingin memberitahu anda semua suatu rahsia. Ia berkenaan kejayaan perniagaan saya dalam masa yang singkat."

Syed Khursani memandang riak wajah para pekerjanya dan menyambung:

"Sebagaimana yang anda lihat dan ketahui, dulunya saya amat miskin. Namun pada suatu hari saya menemui seorang wali yang memberikan saya seekor kuda. Sejak memiliki kuda itu rezeki saya datang mencurah-curah. Itulah kuda yang saya tunggangi sekarang."

“Ia adalah kuda ajaib. Ada juga yang berkata ia adalah zuriat daripada ‘Buraq’.

Sememangnya Syed Khursani mempunyai seekor kuda berwarna putih yang amat disaayanginya. Malah untuk kuda tersebut disediakan sebuah khemah khas.

Syed Khursani masuk ke dalam khemah yang menempatkan kuda tersebut. Seketika kemudian beliau keluar dan menghadap semua yang hadir.

“Saya mahu semua yang ada di sini masuk ke dalam khemah ini dan menemui kuda saya seorang demi seorang. Apabila berada di dalam, hendaklah kamu semua pegang ekornya. “

“Jika kamu tidak bersalah, kamu tidak perlu takut sebaliknya jika kamu bersalah, sebaik kamu pegang ekornya, kuda itu akan menjerit.” Syed Khursani menerangkan.

Maka seorang demi seorang pekerja dan hamba sahaya beratur dan masuk ke dalam khemah yang menempatkan kuda ajaib tersebut.

Sementara itu sekalian yang menanti di luar berdebar-debar untuk mengetahui siapakah yang menjadi pencuri.

Akhirnya selesai lah sudah acara tersebut namun tidak sekalipun kuda ajaib itu menjerit.

Adakah usaha Syed Khursani sudah gagal? Ataukah memang pencuri tersebut tiada di situ? Mungkinkah si tetamu itu yang tersilap atau cuba menipu?

Syed Khursani kelihatan tenang. Beliau meminta semua yang berada di situ berbaris sekali lagi. Syed Khursani mendatangi mereka seorang demi seorang. Beliau menyalami mereka sambil mencium tangan mereka satu persatu.

Setelah selesai, Syed Khursani berdiri di hadapan mereka, menatap setiap wajah seolah cuba membaca isi hati mereka.

“Ke mari kau, Anwari.” Syed Khursani menuding dan menggamit seorang pekerjanya. Pucat lesi wajah lelaki itu. Tubuhnya mula menggelatar dan peluh merecik di wajahnya.

“Saya tahu awak yang mencurinya. Adakah awak mahu nafikan?” Syed Khursani bersuara tenang tetapi serius. Beliau memberi isyarat kepada pengawal peribadinya dan sebentar kemudian lelaki itu dibawa masuk ke sebuah khemah khas. Sedikitpun dia tidak cuba melawan atau menafikan tuduhan tersebut.

Beberapa hari kemudian ketika di Baghdad, si tetamu itu telah mengunjungi Syed Khursani di kediamannya.

“Tuan, sebagaimana yang kita maklum saya sudah memaafkan Anwari si pekerja tuan itu dan dia pun sudah bebas. Namun saya cukup hairan bagaimana tuan boleh menangkap pencuri itu? Benarkah kuda itu berketurunan buraq?”

Syed Khursani tertawa kecil.

“Sebenarnya kuda itu kuda biasa sahaja. Mengenai buraq itu sengaja saya reka cerita. Sebelum mereka masuk untuk memegang ekor kuda tersebut, saya telah lumurkan sejenis minyak. Jadi apabila mereka memegang ekor kuda itu, kesan dan bau minyak itu akan melekat pada  tangan mereka.” Syed Khursani menjelaskan.

“Saya masih belum faham bagaimana tuan boleh menuduh Anwari yang bersalah?” Si tetamu menggaru-garu tengkuknya.

Syed Khursani tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian beliau bertanya:

“Saya rasa awak ni ahli PKR, kan?”

“Ya, tuan. Err, bagaimana tuan tahu?” Si tetamu semakin kehairanan, lebih tepat lagi kebingungan.

Demang rasa dia memang bengong. Manakan tidak, satu Malaysia dah tahu kenapa Anwar takut beri sampel DNA pun dia masih nak sokong PKR!

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Ha, Ha, Ha, satu cerita yang menarik....

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)