Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 10, 2018

Macam ni wakil rakyat yang kita nak (2)

Demang ingat kali pertama lihat benda ni masa darjah 1, tahun 1974 dan kali terakhir pagi tadi, 2017. Ada cara lain nak buat line?


Pertama, muslim yang dilihat mengamalkan ajaran Islam. Kalau tak dilihat, tak boleh juga. Itu sebabnya wali Allah tak bertanding. Demang agak la.

Kedua, dia selalu dilihat berjemaah di masjid, bukan setakat ajk masjid dan bukan juga hanya solat jumaat di masjid.

Ketiga, selalu bersama masyarakat seperti kenduri kendara, kematian, sukan dll.

Tambahan sikit lagi, dia selalu dilihat dalam media sosial seperti grup wasap dan fb.

Demang rasa tiga ciri tersebut dah memadai. Bonus tambahan jika beliau seorang ustaz dan dianggap kelebihan jika beliau bukan ustaz tapi macam ustaz.

Ahli korporat dan ahli akedemik bukan syarat untuk menang pilihan raya. Kadang² orang risau dan kurang percaya dengan golongan ini.

Begitu juga doktor. Ramai yang rasa doktor kurang sesuai jadi ahli politik sebab dianggap lurus bendul. Maaf.

Guru? Dulu² memang cikgu ialah orang paling disegani di kampung tapi sekarang ramai lagi yang dilihat lebih baik.

Lagipun guru sekarang banyak kerja dokumentasi dan laporan nak dibuat. Dah tak sempat nak bercampur dengan masyarakat.

Kalau boleh, mesyuarat pibg pun cikgu tak nak pergi.



No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)