Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 16, 2018

Kiraan Mahathir pas akan kalah


  • Siri masin mulut Demang (19)

Apa yang dirancang mereka? Demang percaya mereka letak kepentingan ummat di atas sekali.

Kalau tak silap Demang ini pertama kali dalam sejarah PAS akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen.

Apapun Tun awal² lagi meramalkan PAS hanya akan menang 15 kerusi sahaja jika tidak menyertai pakatan pembangkang.

Nampaknya amat jauh hasrat PAS dengan ramalan Tun. Siapa yang betul?

Tun seterusnya menambah bahawa tindakan PAS itu hanya akan menguntungkan UMNO.

Apa rasional Tun? Kali ini biar Demang jawab.

Apabila sesuatu kawasan dimasuki 3 calon iaitu UMNO, PAS, dan PH maka pecahannya ialah:
Pengundi melayu akan terbahagi 3 manakala lain² kaum hanya terbahagi 2.

Kaum lain tidak akan undi PAS jika PAS tidak bergabung dengan mereka.

Katakan kawasan tersebut terdiri daripada melayu 60% dan selebihnya kaum² lain. Jumlah pengundi ialah 10 ribu.


Melayu:
BN 20% (2000)
PAS 20% (2000)
PH 20% (2000)

Kaum lain:
BN 20% (2000)
PAS 0% (0)
PH 20% (2000)

Bermakna,
BN 40% (4000)
PAS 20% (2000)
PH 40% (4000)

Jika dilihat di situ ternyata kiraan Tun bahawa PAS akan kalah ada asasnya. Bahkan itulah kemugkinan besar yang akan terjadi.

Bagaimana pula PAS dapat membantu UMNO?
Ia adalah kerisauan Tun sekiranya orang PAS mengenepikan kepentingan diri dan membiarkan UMNO menang.

Samada suka atau tidak, itu sahaja cara untuk penyokong PAS mengelak negara ini dikuasai oleh puak kuffar didokong parti yang bersekutu dengan mereka.

Bolehkah? Ia bergantung pada orang PAS sendiri. Ia adalah keputusan yang amat sukar.

Adakah pengumuman PAS akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen hanya gimik?

Kita tunggu dan lihat.

Bersambung...

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula



4 comments:

Anonymous said...

Pendpt peribadi saya, PAS hanya ada harapan di kws kws yg pengundi muslimnya lbh 80 peratus sahaja. Kws kws lain, buat pecah undi jer. So buat saudara saudara seagama, yg jadi pengundi di kws kws yg pengundi muslimnya kurang 80 peratus, undilah UMNO.

Anonymous said...

Saya sokong 100% bentuk kerjasaman UMNO PAS, utamakan kemaslahatan umat! Semoga ego org PAS selama berpuluh tahun diasuh benci UMNO dapat dibuang demi maslahat umat. Jgn sangka buruk pd org UMNO. Krn ni bukan UMNO zmn Madey dh. Org UMNO pulak mesti buang sikap kolot pada Agama, fobia dengan kopiah serban. Turunkan juga tinggi songkok tu..

Anonymous said...

Ideologi khawarij-wahabi-ISIS jadi kekangan kerjasama sesama Islam.
Sesetgh golongan merasa mrk suci, lbh mulia, merasa benar sendiri. Jika tak bersama mrk, sesat semuanya, apa pun amalan tak diterima. Golongan yg menafsir Quran dan Hadis ikut kepala sendiri masing masing, memahamkan ayat ayat Quran dan Hadis secara zahir semata mata. Merasa alim, boleh tafsir sendiri, tak terikat dgn mana mana mazhab, konon ikut Quran dan Hadis direct.
Antara yg sering diulang ulang mrk, "brgsiapa tak berhukum dgn apa yg diturunkan Allah, mrk itulah org org yg kafir". Dituduhnya yg tak bersama mrk atau tidak menyokong mrk, sbg kafir semuanya, ditafsir mrk ayat berkenaan secara zahir ayat semata mata, tanpa merujuk tafsiran tafsiran ulama' tafsir muktabar. Dituduhnya yg tak bersama mrk sbg menolak hukum Tuhan, dan menjadi kafirlah kerananya, menurut kesimpulan mrk.
Ideologi ini perlu diperbetulkan, perlu diluruskan dulu, utk memecahkan barrier antara golongan mrk dgn umat Islam lainnya.

Cheguman said...

Moga Allah beri kita kebaikan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)