Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 14, 2018

Pemimpin pada melayu yang malas

Siri masin mulut Demang (11)



Sekarang musim durian. Harganya sudah lebih rendah berbanding 2-3 bulan lepas. Di Melaka sudah jatuh kurang dari rm10 sekilo.

Apapun, durian memang buah mewah sejak dulu. Biasanya ayah Demang akan beli durian setahun sekali. Itupun kena makan dengan nasi dan santan. Berbahagi adik beradik seorang 2-3 ulas, dah kenyang.

Sekarang durian boleh dibeli sepanjang tahun. Kebanyakan ladang durian milik pengusaha cina. Apa nak buat, orang Melayu cuma suka makan durian. Kalau tanam sendiri lambat dapat hasil.

Cuma yang Demang hairan ialah tanaman kangkung 21 hari dapat hasil itupun Melayu tak buat. Ada alasan lain untuk itu. Tanah tak ada, katanya.

Baca Petua tanam kangkung 21 hari.

Bab cari alasan kita memang handal.


Ini antara perkara yang perlu kerajaan era RAHIM selesaikan. Apa dia? Ubah rakyat dari malas kepada rajin.

Agensi kena main peranan. Masa zaman Paklah, pegawai pertanian dihalau keluar pejabat cari pelanggan.

Opps, Demang lupa. Sekarang musim pilihan raya. Masa ni kena pujuk rayu pengundi. Tak boleh keras². Nanti hilang undi.

Bagaimana pemimpin yang nak kita pilih? Calonkan orang yang sedia untuk bekerja.

Tapi semua calon akan kata begitu. Maka kita perlu tengok adakah dia taat pada Allah. Kalau dengan Allah pun dia culas, dengan rakyat lagi lah dia tak hairan.

Bersambung
Artikal tadi salah najib
Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan..
Saya suka baca blog tuan guna bahasa ringkas tapi mendalam maksud. Tuan, saya risau keadaan rakyat negara ini, ya DS Najib cuba memenuhi selera hati rakyat, kebajikan yang tertnggi, tapi DS Najib tak faham dan tak kenali sikap sebenar rakyat. Bukan masalah makan tak cukup tapi masalah iman bagi org Muslim dan sivik bagi non Muslim. Lagi di beri lagi tak syukur, semakin takkabur. Lihatlah kakitangan awam, mana ada yang memuji kerajaan. Tak tahu sebenarnya apa kesalahan kerajaan BN sehingga bibit benci tanpa sebab ini merebak luas, tarutama guru2. Guru dimanjakan dengan beban kerja dikurangkan, pemberian alatan kepada setiap guru seperti tablet, smartfon, untuk apakah? Pembangkang tak perlu bagi apa2, hanya air liur dan hasutan. Sebab itu Ton Madeey begitu seronok teruja dan enjoy jadi top dog pakatan..walaupun sangat jelik dan haprak menjilat segala ludah kahaknya dulu.. hakikatnya mereka terus subur disokong.. tanpa perlu keluar modal besar.. cukup dengan skill bahasa.. mengapa?

Cheguman Daulay said...

Setuju dengan tuan

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)