Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 8, 2018

Rahsia ahli silap mata (2)


Kita sambung lagi taktik ahli silap mata menipu audien.

Seorang ahli silap mata mengeluarkan pisau dan mericih sehelai kertas A4 seperti mengopek kulit tebu.

Wah! Hanya pisau yang amat tajam boleh lakukannya.

Kemudian beliau menghiris lengan sendiri dengan pisau yang sama.

Wow! Kebal rupanya.

Bagi membuktikan betapa beliau tidak menipu, dengan jelas ditunjukkan bahagian mata pisau dan bahagian belakang pisau.

Memang ahli silap mata itu menghiris lengan di bahagian mata pisau!

Cuma yang audien tak perasan ialah semasa memotong kertas beliau menggunakan mata pisau berhampiran ulu atau pemegang.

Hanya di situ sahaja yang tajam.

Manakala ketika menghiris lengan, beliau menggunakan bahagian tengah dan hujung pisau. Yakni bahagian yang telah ditumpulkan.

Begitu juga dalam berkempen. Ada yang kemukakan beberapa bukti lain untuk tunjukkan betapa tuduhan yang dibawanya benar.

Padahal kedua²nya adalah perkara berbeza dan tidak layak dijadikan sandaran.

Rahsia ahli silap mata (1)

Minyak Morha

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)