Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 14, 2018

Najib perlu bertanggungjawab

Siri masin mulut Demang (10)
Anak ketam tak tau apa². Kalau ibunya jalan senget, dia pun jalan senget.

Anak yang terlalu dimanja tak pandai berdikari. Kalau ada masalah dia akan cepat mintak kita tolong. Kalau ada masalah dia akan salahkan orang. Dia sentiasa menanti orang buatkan untuk dia. Selesaikan masalah dia.

Itulah kesilapan besar Najib. Manjakan rakyat berlebih². Yang bersyukur tak apalah. Tapi ramai yang masih merungut walau Allah taala beri macam² nikmat.

PAS pun pernah bercadang nak buat negara berkebajikan. Macamlah hebat sangat nak bagi kebajikan pada orang. Macamlah kerajaan sebelum ini tak ada niat nak jaga kebajikan rakyat.

Bagi Demang parti yang akan bentuk kerajaan nanti kena ajar rakyat bersyukur. Jangan anggap ini kerja ustaz sahaja. Kalau nak juga kena lantik ustaz jadi wakil rakyat, jadi menteri.

Dalam PAS ramai ustaz. Walaupun Demang kata bercampur² namun maksud Demang ialah yang ikhlasnya ramai. Pilih sahaja.

Kalau tak dapat ustaz, yang macam ustaz pun boleh. Dalam UMNO ramai yang begitu.

Pemimpin era RAHMAN berjuang merdekakan rakyat dari pemikiran penjajah. Pemimpin era RAHIM akan pimpin rakyat ke jannah. Dunia bukan syurga. Rakyat kena dibagi faham hakikat ini.


Adil itu sukar. Sangat sukar malah hampir tidak ada. Lihat surah annisa'.

Yang maha adil hanya Allah. Itupun manusia selalu was². Maka ajarlah rakyat untuk redho dengan ketentuan Allah.

Setiap kejadian ada hikmah. Begitulah cara Allah melaksanakan keadilan. Adil tidak semestinya kita bagi duit terus dapat barang. Dengan Allah tidak ada jual beli begitu. Kadang² amal soleh yang kita buat masa muda, dah nak mati baru Allah bagi kebaikan.

Kadang² selepas mati baru kita dapat.

Bersambung lagi. Demang nak tengok joran.

Baca Pemimpin UMNO ahlinya PAS

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori pula

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan..
Saya suka baca blog tuan gunq bahasa ringkas tapi mendalam maksud. Tuan, saya risau keadaan rakyat negara ini, ya DS Najib cuba memenuhi selera hati rakyat, kebajikan yang tertnggi, tapi DS Najib tak faham dan tak kenali sikap sebenar rakyat. Bukan masalah makan tak cukup tapi masalah iman bagi org Muslim dan sivik bagi non Muslim. Lagi di beri lagi tak syukur, semakin takkabur. Lihatlah kakitangan awam, mana ada yang memuji kerajaan. Tak tahu sebenarnya apa kesalahan kerajaan BN sehingga bibit benci tanpa sebab ini merebak luas, tarutama guru2. Guru dimanjakan dengan beban kerja dikurangkan, pemberian alatan kepada setiap guru seperti tablet, smartfon, untuk apakah? Pembangkang tak perlu bagi apa2, hanya air liur dan hasutan. Mereka terus subur disokong.. mengapa?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)