Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 12, 2018

Tun menongkah arus

Siri masin mulut Demang (4)

"You jangan main² sama Mahathir. Dia boleh tembak orang sambil senyum tau."

Siapa tak kenal Tun Mahathir? Margaret Tatcher pun pernah dipermainkannya. Akhirnya wanita yang nenjadi PM Britain itu terduduk dikerjakan Tun.

Ingat bagaiamana misi Sesudah Subuh Sebelum Senja atau down read? Gempar seluruh Britain apabila Guthrie dan Sime Darby dirampas semula secara legal, penuh bergaya oleh orang melayu.

Lee Kuan Yew tahu lebih awal peri liciknya Tun. Itu sebabnya dalam isu jambatan bengkok yang tak jadi itu LKY tak berani membantah.


Tun beri kata dua pada Singapura: bersetuju Malaysia bina jambatan lurus hingga ke pulau Temasik itu dengan tanggungan kos oleh Malaysia atau lihat sahaja Malaysia bina separuh sahaja jambatan melengkung dari semenanjung dan tamat di tengah² tambak Johor.

Samada Singapura pilih A atau pilih B, selat tebrau akan kembali jadi laluan kapal besar. Pelabuhan di singapura akan sepi.

Akhirnya LKY yang ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak itu terpaksa menuruti kehendak Tun sebab itu lebih baik bagi mengelakkan Singapura dua kali rugi.

Itulah Tun Mahathir yang akhirnya diangkat menjadi ketua barisan pembangkang setelah ketiadaan Anwar.

Dalam PRU kali ini Tun nampaknya bersama pembangkang mencabar BN.

Kata orang tua², hati² apabila tempua bersarang rendah.

Bersambung

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

1 comment:

Anonymous said...

NAK MEROMPAK DUIT RAKYAT LAGI KOT....KAYA KRONI...HEHEHEEH.. TAK DAPAT LA KALI NI...HANG DOK LA MACAM NI...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)