Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 16, 2018

Ahli pas kena undi umno

Siri masin mulut Demang (16)
Allah jadikan negara kita indah, aman, permai. Harmoni pula siapa yang bagi? Kenapa nak rosakkan keharmonian? Siapa suruh putuskan silaturrohim demi politik?

Apabila Demang letak tajuk ahli UMNO undi PAS ramai orang PAS suka. Bagaimana kalau sebaliknya?

Apa makna bekerjasama? Bekerja bersama² itu definisi sekolah rendah. Maka ramai yang menunggu orang lain buat dulu, baru dia sudi buat sama².

Jika di sekolah menengah ia bererti memberi dan menerima. Buat perjanjian, kalau setuju boleh lah. Kalau kau tak setuju, aku tak boleh buat apa².

Budak² baru nak belajar boleh guna mana² kaedah di atas.


Kalau di universiti, maksud bekerjasama ialah memberi terlebih dahulu dan jika ada terima apa², alhamdulillah. Kalau tak ada, tak apalah. Yang penting, aku dah buat.

Bagi kita yang dah nak mati esok lusa belajar² lah guna kaedah ke-3 itu. Hanya mengharap balasan Allah taala.

Ini yang Demang selalu kata, berlapang dada atau berdamai dengan takdir.

Memberi tanpa menerima memang sukar. Rasulullah saw ajar kita tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Fikiran negatif akan selalu fikir tangan di atas itu sedang tunggu peluang nak renggut dari tangan di bawah.

Berlapang dada-lah. Rezeki di tangan Allah.

Bersambung... Kiraan Tun, PAS cuma akan dapat 15 kerusi.

Artikal lepas: ahli umno undi pas
Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula



6 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, saya setuju. Tapi saya paling risau dengan perangai kebanyakkan rakyat Malaysia yang langsung syukur nikmat macam2 melalui Kerajaan BN Najib Razak. Zaman ini segala2nya kerajaan jaga dan prihatin. Amat beza ketika zaman Tun Madey. Zamannya rakyat lantak korang lah..janji dasar penswastaan (pengkronian) negara diteruskan. Segala2nya mahu diniagakan termasuk najis (IWK). Kini rakyat dibela dan semua terbela. tapi lain pula sikap rakyat. Hasutan kebencian oleh pembangkang ditelan bulat-bulat.. pembangkang tak perlu modal apa2..cukup hanya mikrofon, sepasang pembesar suara.. stau daerah boleh hancur...dan kelemahan Krjn dicanang2. Kejahatan pembangkang ditutups ebelah mata. sepeti di Pulau Pinang kepincangan di diamkan. Rakyat juga 'seronok' begitu kerana "YANG BERI MAKAN ORANG LAIN.. UNTUK BERSERONOK DENGAN ORANG LAIN..." UMNO BN yg perlu tungkus lumus jaga kehidupan rakyat tapi yang tuai hasil ialah pembangkang!

Saya yakin jika semakin ramai rakyat memilih untuk tidak bersyukur dan menghargai penat lelah Krjn BN Najib Razak.. tak mustahil Allah SWT akan alihkan pemerintahan negara kepada manusia2 yang betul2 zalim dan tidak peduli rakyat.. barulah rasa nikmat itu ialah nikmat bila diuji susah..sekarang semua senang.. kenyang.. Bangla dan Nepal pun sihat dan murah rezki di bumi Malaysia ini..masakan anak watan pula yang kelaparan sesudah bermacam2 kerajaan curahkan..

Wallahualam.

Anonymous said...

UMNO dan PAS bekerjasama lbh aku sukai, letak satu calon jer. Senang kita nak pangkah, dah tak susah susah nak mikir. Kwsn UMNO kuat letak calon UMNO, kwsn PAS kuat letak calon PAS. Yg sama sama kuat, 1-2-som. Buat k'jaan campuran, sama sama bangunkan negara, sama sama tegak agama.
UMNO pun tak sempurna, PAS pun tak sempurna, bekerjasama, saling melengkapi. Secara langsung, atau tak secara langsung, jgn sekali kali bg kemenangan pd puak puak anti Islam, puak puak penyokong liberal, penyokong LGBT, penyokong anti Hadis. Tuhan kata, jgn cenderung kpd org org zalim nanti disentuh Neraka, puak puak LGBT, anti Islam, liberal, anti Hadis ni bukan zalim lg bahkan mungkin dah tergolong kapir dan munafik terus.

Cheguman said...

Setuju. Itu sepatutnya.

Cheguman said...

Saya setuju. Kita lemah bab produktiviti.

Anonymous said...

Saya sokong! Semoga ego org PAS selama berpuluh tahun diasuh benci UMNO dapat dibuang demi maslahat umat. Jgn sangka buruk pd org UMNO. Krn ni bukan UMNO zmn Madey dh. Org UMNO pulak mesti buang sikap kolot pada Agama, fobia dengan kopiah serban. Turunkan juga tinggi songkok tu..

Cheguman said...

Penyokong pas orang baik. Niat pun baik. Tapi realiti hari ini tidak menyebelahi pas. Nak tak nak kena terima kenyataan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)