Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 22, 2018

OBP? Tun, anwar, najib adalah OBP

Siri masin mulut Demang (34)
Dulu di belakang tapi kini di depan. Apapun yang seorang dah tersingkir dari gelanggang. Nak buka parti sendiri, pengaruh tak cukup kuat. Akhirnya dia pun lari sendiri.

OKB ialah orang kaya baru manakala OKT akronim pada orang kena tuduh. Apa pula OBP? Tak ramai yang tahu. Ia adalah singkatan pada Orang BerPengaruh.

Salah satu keistimewaan orang berpengaruh ialah dapat menarik orang lain bersetuju dan ikut memperjuangkan ideanya.

Anwar Ibrahim adalah seorang yang hebat dalam hal ini. Ia mampu mengalihkan tuduhan peribadi kepada isu lain yang dikemukakan iaitu rasuah dan kroni.

Tun mahathir lebih hebat. Beliau membuka isu dan mengajak semua orang memperkatakannya. Lebih menarik lagi beliau sekadar mengitar semula isu lama.

Permulaan Tun mahathir menjadi terkenal kerana bersuara lantang menegur kepimpinan semasa iaitu Tunku Abdul Rahman yang menjadi PM ketika itu.

Najib juga orang berpengaruh. Beliau bermula dengan menumpang pengaruh bapanya. Setakat ini hanya Tun Razak yang meninggal dunia sebagai perdana menteri.

Allah taala takdirkan anak beranak jadi Perdana Menteri. Ada hikmahnya cuma ramai tak nampak.

Ada yang berkata najib dibawa ke dalam umno dengan karpet merah serta dulang emas. Ini berbeza dengan anwar yang berjuang sejak di universiti. Anwar membina kreadibiliti sendiri.

Kata² itu ada benarnya apabila najib menjadi menteri termuda yang Demang rasa rekodnya belum dipecahkan hingga kini.

Namun jalan mudah sememangnya bukan ditakdirkan untuk najib. Kalau Tun digelar pelbagai title seperti mahazalim dan mahafiraun, najib terpaksa makan hati dengan tuduhan² liar terhadap isteri beliau.

Bahkan beliau dituduh membunuh seorang wanita mongolia yang dikatakan kekasih gelapnya.

Zahid hamidi pula menggunakan kelebihan sebagai pemimpin berlatar belakang pendidikan Islam yang dihormati. Keluarganya membuka pusat tahfiz di kampung dan kemudian beliau membina sm tahfiz imtiaz ulul albab di atas tanah mertuanya di melaka.

Zahid hamidi ada wawasan pendidikan Islam. Konsep ulul albab adalah menyediakan pemimpin dan lrofesional bertaraf dunia sesuai dengan ayat alquran: ..."kamu adalah ummat terbaik..."


Samada di zaman Tun, Paklah, atau najib itulah kriteria utama beliau dipertaruhkan harapan. Malah ketika Anwar ibrahim di puncak kegemilangan, zahid hamidi menjadi orang yang disebut² sebagai pengganti anwar.

Itu sebabnya awal² lagi zahid ditahan apabila anwar disingkir dari kerajaan dan parti. Tun cekap mengenal pasti kekuatan anwar. Tindakannya memenjara orang kuat anwar itu menyebabkan bekas timbalan yang dilantiknya sendiri itu hampir² patah semangat.

Ezam, Azmin Ali, dan Saripudin Nasution hanya budak² Anwar yang kemudiannya menjadi tulang belakang gerakan reformasi. Itu sebab Tun tidak begitu sukar menangani parti serpihan umno itu.

Sebelum ini Tun pernah menghadapi tentangan yang lebih mencabar daripada Tengku Razalegh (Ku Li) yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46.

Ku Li bukan calang² pemimpin. Pernah jadi penasihat ekonomi sultan brunei. Mahathir hampir tewas dengan beliau dalam pemilihan presiden umno.

Demang kata lebih mencabar sebab Ku Li tak ada isu peribadi atau isu kroni. Beliau anak raja yang tidak pernah kalah bertanding walau atas tiket apapun.

Strategi orang² anwar sudah dalam kepala Tun. Cuma orang ramai yang huru hara dengan tindakan Anwar. Tun rileks sahaja.

Ternyata dalam pru selepas itu, BN masih memang besar. Maka ditimbulkan isu undi hantu dan sebagainya. Bila dibuat kajian rupa²nya ramai penyokong Anwar tidak mendaftar sebagai pengundi

Namun PKR menjadi kuat dengan kepintaran Anwar. Kata pepatah cina, di atas bukit tidak boleh ada dua ekor harimau. Tun faham dan Anwar pun faham.

Bersambung

Artikal sebelum: calon bebas logo BN

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)