Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, October 6, 2009

Husam Balak



Masih tegar dengan perubahan? Ayuh, kita teruskan. Kita lihat siapa lagi yang perlu ditukar!

Baru-baru ini Blogger Faisal menghantar SMS kepada Demang berkenaan isu Husam di Kelantan. Tak kenal Husam? Mana boleh tak kenal. Beliau adalah pemimpin puak adrogan PAS.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham tafsiran maka Demang perturunkan kesah berikut yang disalin terus daripada blog Faisal.

Baca, jangan tak baca.

“Info ini saya dapat daripada seorang pemimpin PAS Kelantan yang jawatannya tidak perlu saya beritahu disini. Inilah yang saya katakan dua hari lepas bahawa saya akan menyiarkan satu cerita panas.

Untuk pengetahuan pembaca, saya bercakap melalui telefon selama hampir satu jam dengan pemimpin PAS berkenaan tiga hari lepas. Beliau yang menghubungi saya melalui seorang teman kepada teman saya. Semuanya bertitik tolak daripada serangan yang saya lakukan terhadap Kerajaan PAS Kelantan seminggu dua ini.

Rupa-rupanya di Kelantan wakil-wakil rakyatnya pun ada kem tertentu. Mana-mana wakil rakyat atau pimpinan PAS negeri yang berada dalam kem Husam/Nik Aziz mereka tergolong dalam golongan orang kaya.

Manakala yang tidak berada dalam kem berkenaan, hidup mereka akan susah dan hidup hanya mengharapkan elaun wakil rakyat sahaja. Jangan harap nak dapat balak atau projek-projek lain. Kalau boleh dapat pun hanya duit ceramah sahaja.

Cerita yang saya bawa kali ini ialah tentang pemberian kawasan balak seluas 10 ribu ekar kepada anak Almarhum Tun Ghaffar Baba, iaitu Tamrin Ghaffar.
Untuk pengetahuan umum, Tamrin Ghaffar berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim sekarang. Anwar sengaja memilih untuk berkawan dengan Tamrin bagi mengabui mata masyarakat kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.
Manakala Tamrin pula ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal. Beliau sekarang hidup dipenuhi hutang keliling pinggang. Nak cari peluang dalam Umno sudah tak boleh ,kerana orang-orang Umno sudah lama ‘scrap’ kan Tamrin. Peluang inilah yang disambar oleh Anwar untuk tujuan yang dinyatakan diatas.
Manakala Tamrin pula nampak ada peluang disebelah sana,kerana ada empat negeri yang diperintah pembangkang sekarang. ‘Why not’ dia cuba nasib. Peduli apa walau orang itu pernah mengkhianati arwah bapanya pun. Yang penting duit. Apa pun percubaan beliau berjaya.
Anwar Ibrahim telah meminta Husam Musa@Husam Minyak, tengok apa-apa peluang yang ada untuk Tamrin di Kelantan. Husam pun sambar juga peluang ini sebaik mungkin , untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS tidak hanya memberi balak kepada orang PAS sahaja, orang Umno pun turut diberi. Lagi pun kata pemimpin PAS berkenaan, Husam lebih senang berpakat dengan orang Umno,kerana bimbangnya rahsianya akan bocor jika beliau berpakat dengan orang-orang PAS.
Lalu Husam memberi 10,000 ekar kawasan balak kepada Tamrin .Balak ini cuba dijual kepada seorang tauke balak dengan harga RM 25 juta. Pembahagiannya pula seperti berikut,Husam RM 10 juta, Tamrin RM 10 juta dan PAS Pusat RM 5 juta.
Pas sedang merancang untuk membina satu bangunan PAS yang baru di Sungai Merab,Bangi Selangor,sementara mereka masih berkuasa di sana. Sebab itu mereka perlukan dana. Husam pula perlukan dana untuk membeli orang-orang PAS bermula daripada sekarang, bagi memudahkan kerja beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.
Anwar telah menasihatkan Husam,supaya buat kerja daripada sekarang. Jangan tunggu terlalu hampir dengan pemilihan,nanti tewas lagi. Manakala Tamrin pula memerlukan wang untuk membayar hutang-hutang beliau dan terus kekal dapat menjalani kehidupan mewah.
Tidak seperti yang dijangka, kawasan balak tersebut tidak dapat dijual dengan harga RM 25 juta kerana harga kayu yang jatuh sekarang. Kawasan tersebut hanya boleh dijual dengan harga RM 15 juta sahaja.
Saya difahamkan dua orang pengkhianat tersebut (seorang pengkhianat PAS dan seorang pengkhianat Umno) setuju dengan harga RM 15 juta. Pembahagian harta ‘rompakan’ seperti berikut. Husam RM 6 juta,Tamrin 6 juta dan PAS Pusat RM 3 juta.
Memang elok sangatlah, hanya pengkhianat yang mengenali pengkhianat. Anwar pengkhianat bangsa, Tamrin pengkhianat Umno dan Husam pengkhianat PAS. Akhir sekali hasil bumi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa bagi memenuhi tembolok mereka.
Kepada mana-mana pemimpin PAS yang ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan ‘deal’ ini,sila bertanya atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian. Beliau lebih tahu segalanya kerana beliau juga turut terlibat dalam ‘deal’ ini.”


..................

Bagi yang tidak mengikuti tulisan Demang sebelum ini, Demang sebenarnya sedang membicarakan tentang usaha beberapa pihak yang ingin menyogokkan idea perubahan kepada rakyat. Demang menyokong usaha mereka tetapi menentang pihak yang ‘cakap tak serupa bikin.’ lebih ramai yang berkokok tentang perubahan namun yang hendak ditukar hanyalah pakaian luar dan pakaian dalam sahaja. Dengan kata lain, menukar pemimpin dan parti tetapi hasrat hati dan agenda peribadi mereka langsung tidak menguntungkan rakyat. Paling tidakpun, 2x5 dengan yang lama. Rakyat juga yang jadi mangsa.

Manakan tidak, bercakap tentang perlunya menukar parti yang kononnya terlibat dengan rasuah tetapi yang dipilih kemudiannya ialah penjenayah. Malah bekas banduan (6 tahun dalam penjara) pun menang dalam pilihanraya. Setelah keluar penjara, menghadapi tuduhan salah laku seks pula dan hingga kini berusaha mengelakkan diri dari dibicarakan.

Begitukah rupa pemimpin yang nak kita jadikan PM kita?

Semoga isu Husam di Kelantan dan Khalid di Selangor menjadi iktibar kepada kita betapa memilih orang yang kecewa sebagai pemimpin hanya akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Terima kasih Faisal.

Foto hiasan:
1. Husam 0128 jpg dppwpc.wordpress.com
2. longgokan kayu balak di kalabakan rosliahmad flickr.com

4 comments:

Anonymous said...

salam....pertamanya.... kah..kah..kah.kah...kah...terharu membacanye...teruskan lagi...kah..kah.kah.kah

TokJanggut said...

Aku juga terharu bila alam sekitar diceroboh dengan rakus. Semua akan menuduh UMNO pada hakikatnya UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak meibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa?? Kalau bukan Isa, akan kalah ke BN??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.Kalau UMNO kalah lagi kali ini maka UMNO berada di landasan yang betul untuk mengakhiri riwayatnya.

Sejauh mana UMNO dapat bertahan??

Admin www.morhabshi.com said...

Mudz,
Betulkah begitu hakikatnya atau sekadar anggapan dan persepsi saudara semata-mata? Jika meletakkan Isa dianggap mempertahankan calon bermasalah, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang amat buruk tuduhan dan rekodnya? Malah Anwar telah disabitkan atas kesalahan jenayah dan kini sedang menghadapi tuduhan lain pula.

Jika mahu bersikap adil, adil lah seikhlasnya. Jangan 'adil' menguikut keadaan sahaja.

Terima kasih kerana memberi komen dan tahniah kerana mempunyai keinginan untuk melihat UMNO menjadi parti yang bersih.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)